Wednesday, 22 June 2011

Pemurah itu kesukaan Allah..Jom jadi bijak:)

Kalau manusia boleh kasih kepada manusia yang pemurah, jadi bagaimanakah kasih manusia terhadap ALLAH Ta'ala yang sentiasa Maha Pemurah?



Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pemurah, Dia menyukai orang yang pemurah, dan Dia menyukai ketinggian akhlak (budi pekerti) dan tidak suka kepada akhlak yang rendah.” (Riwayat Naim melalui Ibnu Abbas r.a.)
Sifat Pemurah
Allah itu sifatnya pemurah. Dia menyukai orang yang bersifat pemurah. Dalam sebuah hadith daripada Sayyidina r.a. Usman disebut mana-mana 99 nama Allah, sekiranya diamalkan 1 pun daripadanya, maka masuk syurgalah (balasannya).
Rasulullah s.a.w. juga bersabda “Sakhi (Murah hati) adalah pohon yang tumbuh di syurga, Oleh kerana itu tidak akan masuk syurga kecuali orang yang murah hati. Dan bakhil adalah pohon yang tumbuh di neraka. Oleh kerana itu, tidak akan masuk neraka kecuali orang bakhil.”
“Sifat bakhil adalah pokok yang ada di neraka yang dahan berserta cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke neraka. “Demikian pula kemurahan hati adalah pokok yang ada di dalam syurga yang dahan dan cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke dalam syurga, kerana syurga adalah rumah bagi para pemurah.”
Seorang pemurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada syurga. Seorang yang bakhil itu pula jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan jauh dari syurga tetapi dekat dengan neraka.
Namun berpada-padalah dalam memberi:
Furqan [67] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
Israa [26]… dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masingdan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
Akhlak Mulia
Dari Abu Al-Darda’ r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: “Tidak ada sesuatu pun yang ditimbang pada hari Kiamat yang lebih berat daripada akhlak dan budi pekerti yang baik. ” (Riwayat Abu Daud & Tirmizi).
Akhlak adalah sesuatu yang abstrak (tidak boleh dipegang), yang tidak boleh ditimbang secara zahirnya. Namun Allah boleh menimbang perkara yang abstrak, misalnya amalan puasa dan sembahyang. Hanya Allah yang boleh menimbang dan menilai berat pahala amalan-amalan tersebut.
Orang yang berakhlak rendah adalah mereka yang tidak malu kepada Allah. Mereka ini berperibadi rendah atau dayus. Dayus bukan sekadar dayus suami yang tidak bertindak ke atas isteri yang curang sahaja, dayus juga apabila tidak membantu saudara yang teraniaya dan tidak mempertahankan hak dan negara. Orang yang berakhlak rendah juga tidak mengenang jasa dan budi seperti kata pepatah melayu “bagaikan melepas anjing tersepit, setelah dilepaskan kita pula digigit”

4 manfaat sedekah


Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Nabi saw. bersabda, “Ketika seorang hamba berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun kepadanya, lalu salah satu berkata, ‘Ya Allah, berilah pahala kepada orang yang menginfakkan hartanya.’ Kemudian malaikat yang satu berkata, ‘Ya Allah, binasakanlah orang-orang yang bakhil.” (Muttafaq ‘Alaih- Misykât).


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda, “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Allah swt. akan menambah kemuliaan kepada hamba-Nya yang pemaaf. Dan bagi hamba yang tawadhu’ kerana Allah swt., Allah swt. akan mengangkat (darjatnya). (Muslim)

Rumah Jalinan Kasih

Moto Kami

"Kebajikan Penyelesai Masalah Kemiskinan dan Kesusahan"

Matlamat

Melahirkan masyarakat yang berkasih sayang, aman harmoni dan mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri.Di mana akan terjalinnya hubungan rapat di antara golongan yang kaya dengan yang miskin.Iaitu dengan menjadikan kebajikan dan perubatan sebagai agenda utama masyarakat. Dengan harapan manusia dapat berbuat lebih banyak kebajikan di tengah-tengah masyarakat.Untuk mencapai tahap hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.

Fungsi

1.Mengumpul sebanyak mungkin sumbangan dan amal jariah serta derma dari semua pihak.

2.Melaburkan bahagian-bahagian tertentu daripada wang dan harta terkumpul tahunan bagi memperkembangkan lagi harta tersebut.

3.Mengadakan aktiviti bagi meningkatkan lagi syiar Islam serta amal jariah di bidang sosial,kebudayaan,kebajikan dan perubatan Islam,khususnya dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu daripada sumbangan terkumpul.

4.Menghantar surat kepada syarikat-syarikat swasta,kerajaan dan orang perseorangan untuk menawarkan saham besar dan peluang untuk bersama berganding bahu di dalam merealisasikan matlamat yang mulia ini iaitu menyelesaikan masalah kebajikan dan kesusahan bukan saja di dunia malah di akhirat.

5. Menyalurkan bantuan kepada golongan yang perlukan bantuan dan pembelaan,bukan sahaja bantuan lahiriah,bahkan bantuan berbentuk sokongan dan dorongan,semangat,nasihat dan sebagainya.



Besarlah harapan kami agar tuan-tuan/puan-puan, saudara-saudari sekalian turut serta berganding bahu dan berkongsi saham akhirat ini dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan secara langsung ataupun tidak,bagi melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang hatinya sentiasa dengan Tuhannya.

Dari Abu Hurairah R.A berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW,lalu berkata"Ya Rasulullah,sedekah yang manakah paling Agung?"...Rasulullah bersabda, "Engkau bersedekah ketika engkau dalam keadaan sihat lagi sangat memerlukannya.Engkau khuatir fakir dan sangat ingin menjadi kaya. Jangan engkau tunda sehingga roh sampai di kerongkong baru engkau hendak bersedekah.Berikan kepada si polan sekian dan untuk si polan sekian ingatlah memang pemberian itu hak si polan sekalian"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...