Tuesday 26 July 2011

Ramadhan bulan MULIA

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)


    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
marilah beramal semata-mata untuk merebut keredhaan Allah,bukan sekadar mengejar ganjaran pahala dan syurga..wallahulam~

http://members.tripod.com/siti_2/01/12.html

    Monday 11 July 2011

    Sedekah jariah


    DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)
    Dalam hadis ini tiga amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan, ilmu baik yang diajarkan dan juga doa anak yang salih.
    Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwakafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewakafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya.
    Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut.
    Ini bermakna, segala amalan kebajikan untuk kepentingan awam yang dihalalkan dikira sedekah jariah. Pahala berterusan akan diterima oleh orang yang melakukan amal itu.
    Kedua, ilmu yang dapat dimanfaatkan – maksudnya ilmu yang diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan ia kemudiannya dimanfaatkan pula oleh orang lain, maka pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalkannya.
    Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu agama dan juga ilmu mengenai dunia. Ilmu agama ialah al-Quran dan al-sunah serta segala cabangnya. Ilmu dunia ialah sains alam, dan pengurusan pentadbiran dan kenegaraan serta yang berkaitan dengannya.
    Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.
    Ketiga, anak yang salih yang mendoakannya – maksudnya anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang salih dan sentiasa mendoakan kesejahteraan bapanya sesudah meninggal dunia. Hadis ini memberi jaminan doa anak yang salih kepada orang tuanya diterima Allah.
    Di dalam syurga, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”.
    Firman Allah bermaksud: “Ini disebabkan doa anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” – (Riwayat Imam Ahmad – Mustika Hadis).
    Kesimpulannya, ketika masih hidup hendaklah kita sentiasa bersedekah dan membuat amal, khususnya pada perkara yang diberi ganjaran pahala berkekalan hingga ke hari akhirat.

    dipetik oleh:
    http://pustakamunirah.wordpress.com/2009/07/14/sedekah-jariah/

    Sunday 10 July 2011

    Rahsia Kebahagiaan

    Di antara yang sudah hilang di sisi manusia ialah kebahagiaan
    Orang kaya sudah hilang kebahagiaan, orang miskin pun sudah hilang kebahagiaan
    Orang yang berilmu sudah tidak bahagia, orang jahil pun tidak bahagia
    Yang ada nama dan glamour pun tidak bahagia, yang tidak ada pun tidak bahagia
    Orang yang berpangkat pun sudah kehilangan kebahagiaan,
    yang tidak ada pangkat pun sudah kehilangan kebahagiaan
    Kerana kebahagiaan itu adalah makanan jiwa
    Kalau tidak ada manusia menderita
    Setiap insan berusaha mencari
    Orang bandar pergi ke kampung mencari bahagia
    Orang kampung pergi ke bandar mencari bahagia
    Yang tinggal di tepi laut pergi ke darat mencari bahagia
    Orang yang tinggal di darat pergi ke tepi laut mencari bahagia
    Bahkan berbagai cara manusia mencari bahagia
    Ada yang pergi ke hutan, ada yang pergi melihat air terjun
    Ada yang pergi ke padang pasir, ada yang pergi ke tempat banyak bahaya
    Bahkan ada orang yang mendaki gunung menurun lurah hingga terjatuh
    Namun kebahagiaan tidak juga diperolehi
    Manusia lupa kebahagiaan itu bukan benda luaran
    Kebahagiaan itu ada di dalam diri manusia itu sendiri
    Hidupkan hati rasa bertuhan, bangunkan jiwa rasa kehambaan
    Cintakan Tuhan setiap ketika dan masa
    Sembah, sanjung dan besarkan Dia setiap masa
    Jadikan Tuhan kawan setia
    Bawa Dia kemana-mana dan meminta dan bermanja-manjalah denganNya
    Itulah dia rasa kebahagiaan setiap insan

    ALLAH ADALAH SUMBER BAHAGIA

    Allah Taala adalah sumber bahagia
    Ini bukan semua orang yang boleh merasa
    Ini hanya dapat dirasa oleh jiwa yang bertaqwa
    Berdoa sahaja sudah rasa sedap
    Sekalipun belum tentu dikabulkan doa
    Bercakap-cakap dan berbisik-bisik dengan Tuhan
    Sudah terasa lazatnya
    Bermunajat dengan-Nya terasa indahnya
    Allah Taala terasa dekat
    Tapi tidak berantara dan bercara
    Ia terasa ada di mana-mana
    Tapi tidak ada di sana
    Kita terasa sangat Ia bersama kita
    Semuanya tidak bercara
    Tuhan dirasakan sangat diperlukan
    Masya-Allah indahnya bertuhan
    Rahmat-Nya dan kurniaan-Nya seperti dirasakan
    Sama ada yang nyata mahupun yang tidak nyata
    Setiap detik dia mengurniakan
    Allah! Allah! Allah!
    Besarnya erti hidup bersama Tuhan
    Tuhan adalah hidup mati kita
    Tuhan adalah segala-galanya
    Jangan lupakan Tuhan!

    Thursday 7 July 2011

    DERHAKA DALAM SOLAT


    Di petik dari: Fitrah Islami Online


    Solat wajib di lakukan mengikut hukum dan syarat syarat yang telah di tetapkan syariat,di samping itu ia wajib di lakukan dengan khusyuk, tawadhuk dan rasa penuh kehambaan kepada Allah.

    Jika tidak ada perkara ini di dalam diri ketika melakukan solat  maka sesorang itu tidak akan rasa ia sedang menyembah Allah.Maka sudah tentu dia  tidak akan rasa bertuhan.Apabila tidak ada rasa bertuhan maka dia tidak rasa dia itu hamba.
    Ibadah orang saperti ini hanya akan menambahkan dosa terhadap dirinya sendiri.Dan tidak dapat melahirkan peribadi orang yang merendah diri dan berkasih sayang.Tetapi apa yang akan lahir  ialah sifat sombong, riak dan ingin di puji, rasa diri ahli ibadah dan bersih dan sebenarnya tidak akan melahirkan rasa takut pun kepada Tuhan.
    Solat yang sepatutnya menjadi penghubung di antara diri seseorang hamba dan Khaliqnya sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba dengan Tuhan nya.
    Dosa saperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak sedar atau tidak rasa dia berdosa kepada Allah.Akhirnya dia mati dalam su’ul khatimah kerana selama ini dia rasa dia berbuat baik bukan berbuat dosa dan derhaka.Rupa rupanya dia melakukan dosa di atas saluran yang baik.Melakukan dosa sedangkan dia dalam solat.Membuat dosa dan derhaka dalam ketaatan.Lahirnya nampak taat tapi batinya derhaka.

    Mereka sangka ibadah mereka memusnahkan mazmumah tapi cara ibadah mereka sebenarnya  menyuburkan nya.

    SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH ORANG ORANG YANG BERIMAN (YAITU) ORANG YANG KUSYUK DALAM SOLATNYA”  – AL MUKMINUN AYAT 1-2.


    Wallahu alam!

    ANDA PEJUANG AGAMA?


    Syabas! Kalau begitu
    Berjuang menegakkan agama sasarannya adalah manusia
    Kita mesti kenal manusia sebelum kita mengenal diri kita sendiri
    Sudahkah kita mengenal diri kita sendiri?


    Sejauh mana kita kenal perjalanan fikiran kita sendiri ?
    Apakah fikiran kita sudah Islam?
    Sudahkah kita kenal nafsu kita?
    Fahamkah kita kehendak kehendak nafsu kita?
    Ke mana dia hendak membawa kita?




    Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsu kita selari?
    Lebih lebih lagi sudahkah kita faham jiwa kita?
    Jiwa ada perasaannya
    Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
    Yang positif hendak di lepaskan
    Yang negatif hendak di tahan




    Melepaskan yang positif dan menahan yang negatif
    Adalah satu perjuangan
    Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
    Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin,
    iaitu jiwa




    Kalau kita berjuang tidak faham ini semua
    Ertinya kita laksana masuk hutan belantara yang tidak mempunyai pedoman
    Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
    Jangan jangan kita akan tersesat nanti
    Marabahaya hutan akan membinasakan kita
    Bahkan harimau pun boleh membaham kita




    Kawan, perkataan berjuang mudah di sebut
    Tapi tidak mudah difahami
    Berjuang mudah diperkatakan
    Tapi tidak mudah dikotakan




    Ia memerlukan ilmu yang cukup
    Tidak sekadar semangat yang cukup
    Ia memerlukan pemimpin yang tepat
    Yang boleh memimpin dan di taati




    Kalau belum sampai taraf ini
    Tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang




    Kalau kita berjuang juga
    Ingatlah kerosakan yang akan kita lakukan
    lebih banyak, tanpa di sedari
    Sekali pun niat kita suci.




    (Sumber: Fitrah Islami Online)

    Thursday 30 June 2011

    JAWATAN PEMIMPIN MEMBAWA KE NERAKA MENGAPA BERMATIAN MEREBUTNYA?

    Kisah Umar bin Abdul Aziz - sejurus selepas beliau dilantik menjadi khalifah, dia menghilang diri dan tidak kelihatan di khalayak ramai selama 2 hari. Seseorang bertanya pada anak Umar, "di mana ayah kamu?" anaknya menjawab, "semenjak dia dilantik menjadi khalifah, dia menjadi terlalu takut sehinggakan berkurung di dalam bilik. Dia menangis setiap masa sehingga saya lihat janggutnya sentiasa basah dengan air mata.

    Zaman sekarang jawatan pemimpin jadi idaman dan rebutan.Sanggup bermatian matian menindas dan menjatuhkan orang lain untuk  merebutnya.

    Hendak berlaku adil dalam kepimipinan dan pemerintahan seperti yang di kehendaki oleh Allah bukanlah mudah.Sedangkan pemimpin dan pemerintah yang tidak adil, akan di rejam ke dalam neraka.Dalam sejarah dunia, hanya beberapa kerat sahaja pemimpin yang adil, yakni yang layak untuk ke Syurga. Selain mereka, semuanya ke neraka.Apakah kita suka kiranya jawatan pemimpin itu membukakan pintu neraka untuk kita? Tidak, bukan? Sebab itu, takutlah pada Allah kiranya kita tercalon untuk jadi pemimpin.Sebab umumnya ramai pemimpin gagal dalam tugasnya.Lihat dunia di sekeliling, mana ada lagi pemimpin dan pemerintah yang adil.Di akhir zaman ini adalah satu pembohongan jika ada pihak yang melaungkan dia boleh memimpin dan memerintah lebih adil dari pemerintah yang ada.


    Memimpin sebenarnya kerja yang sangat berat dan sulit.Orang yang ingat Allah akan rasa tidak munasabah untuk merebut jawatan pemimpin. Kalau ada orang yang lebih baik hendak ambil jawatan pemimpin dari kita, kita sepatutnya bersyukur.Ibarat kita di suruh panjat pokok kelapa?.Bahaya kan? Kalaulah ada orang lain boleh panjat, kita rasa lega.Demikianlah untuk menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pokok kelapa.

    Amri el Wahab
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...